TAKLIMAT PENGGUNAAN ZOOM-A 2010

Pada hari ini, satu taklimat penggunaan Zoom-A telah dilaksanakan dengan jayanya di Makmal Komputer SKTU3. Semua guru terlibat dan dapat mempraktikkan sendiri cara-cara melayari Zoom-A. Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Yazleena dan En. Zainal dan dibantu oleh guru-guru yang telah menghadiri taklimat Zoom-A sebelum ini. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang hadir dan selamat mencuba!!!














STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) 2010














SKTU3 telah mengadakan program SEGAK 2010 bertempat di dataran kejat SKTU3. Semua murid tahun 4, 5 dan 6 telah terlibat di dalam program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ujian tekan tubi, naik turun bangku, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur. Murid-murid perlu melakukan ujian ini mengikut masa yang telah ditetapkan mengikut aktiviti.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah banyak membantu menjayakan program SEGAK ini...


TEMASYA KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH ZON SKUDAI 2010














                                                                         

Temasya Kejohanan Olahraga Pendidikan Pra Sekolah telah diadakan di SK Sri Perling 2. Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah:-

Acara balapan:
- 60 m L/P
- 80 m L/P
- 4 x 50 m L/P

Acara padang:
- lompat jauh L/P
- lompat tinggi L/P
- baling bola lisut L/P

Unit Pra Sekolah SKTU3 telah menghantar wakil untuk acara-acara tersebut dan telah memenangi:-

  • JOHAN  - acara balapan 4 x 50 m (L)
    • NAIB JOHAN - acara balapan 4 x 50 m (P)

    SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2010


    Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 10 April 2010 dengan kerjasama daripada Surau Al-Falah Taman Universiti. Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan perarakan murid-murid serta guru-guru dari sekolah ke Surau Al-Falah.
    Sepanjang majlis ini, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti pertandingan nasyid, azan, tilawah Al-Quran, hafazan, tulisan cantik (tahap 1) dan tulisan khat (tahap 2). Untuk murid-murid bukan beragama Islam, beberapa pertandingan turut diadakan seperti pertandingan mewarna (Tahap 1) dan melukis (Tahap 2). Terima kasih di atas kerjasama pihak Surau Al-Falah, AJK PIBG, Ibu bapa murid dan warga SKTU 3 yang telah dapat menjayakan majlis ini dengan baik.....

    PERLAWANAN BOLA BALING ZON SKUDAI 2010

    Pada 7 dan 8 April 2010, SKTU 3 telah menyertai perlawanan bola baling zon Skudai. Pihak sekolah telah menghantar dua buah pasukan lelaki dan perempuan ke perlawanan tersebut. Pasukan lelaki telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat kedua. Tahniah!!!

    PELANCARAN PROGRAM BULAN BAHASA MELAYU 2010

    Sepanjang bulan April, panitia Bahasa Melayu akan menjalankan program Bulan Bahasa Melayu yang akan bermula dari 5 April hingga 30 April 2010. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Puan Hjh. Hamiah Binti Othman, Guru Besar SKTU 3 pada 5 April 2010.
    Matlamat program Bulan Bahasa Melayu bertujuan untuk mewujudkan murid-murid yang mahir dan fasih berbahasa Melayu di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Diharapkan matlamat sekolah untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagaimana seruan kerajaan tercapai.

    PERLAWANAN BOLA TAMPAR ZON SKUDAI 2010

                                          
    Selasa, 30 Mac 2010 - Perlawanan bola tampar zon Skudai telah berlangsung di SJKC Kuo Kuang 1. SKTU  3 telah menghantar wakil untuk pasukan lelaki dan pasukan perempuan. Kedua-dua pasukan telah memenangi tempat ke-4. Tahniah diucapkan dan tingkatkan usaha untuk tahun hadapan...

                                                   

    MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 8 SKTU 3 SESI 2008/2010

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan guru-guru SKTU3  kerana telah menjayakan perhimpunan Mesyuarat Agung PIBG SKTU3 kali ke 8 tahun 2010 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Abd Aziz B Hj Sapian, ADUN Nusajaya.
                                                           







    YB Datuk Hj Abd Aziz B Hj Sapian
     ADUN Nusajaya








     Dari kiri: Prof Madya Dr. Hj. Muhammad Shafie Bin Abd. Latif (YDP PIBG SKTU3, YB Datuk Hj Abd Aziz B Hj Sapian (ADUN Nusajaya), dan Pn. Hjh Hamiah Othman(Guru Besar SKTU3)

    Sehubungan dengan itu, Mesyuarat PIBG telah sebulat suara melantik Prof Madya Dr. Hj. Muhammad Shafie Bin Abd. Latif kekal sebagai Yang Dipertua PIBG SKTU 3 untuk sesi tahun ini.Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik dan semoga kita dapat bersama-sama berganding bahu untuk kebaikan anak-anak didik SKTU3.
                                           Barisan AJK PIBG SKTU 3 2010


                                                        

    PROGRAM CUMA LIMA MINIT ANTI DADAH 2010

    Pada 22 Mac 2010, telah berlangsungnya satu program anti dadah yang telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTU3, Pn Hjh Hamiah bt. Othman. Program ini akan dijalankan selama lima minit untuk setiap hari dari 22 Mac hingga 26 Mac 2010. Program ini bertujuan untuk : 

     1. Memberi pendedahan tentang bahayanya dadah kepada murid dan guru-guru secara menyeluruh.
     2. Untuk memastikan semua guru melibatkan diri dalam Usaha Pendidikan Pencegahan Dadah.
     3. Untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, bermoral dan berakhlak mulia.
     4. Untuk melahirkan guru-guru yang bertanggungjawab bukan sahaja di bidang akademik.

             " SEKOLAH BEBAS DARI DADAH"

    TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK TAHUN 6 2010

    Pada 16 Mac 2010, telah diadakan satu Program Teknik Menjawab Soalan UPSR untuk subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Program ini melibatkan semua murid Tahun 6 bagi memahirkan murid dengan teknik-teknik menjawab Bahasa Melayu dan Matematik untuk Subjek UPSR terutamanya kertas dua yang memerlukan murid menjawab mengikut format UPSR.
    Murid dibimbing supaya jawapan untuk kertas dua lengkap agar tidak kehilangan markah. Ini akan membantu murid mendapat markah yang lebih tinggi dan mendapat keputusan yang cemerlang.

    MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) ZON SKUDAI 2010

    Pada 13 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3 telah menyertai pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Zon Skudai 2010.
    Antara pertandingan yang disertai ialah:
              (i) Tilawah Al-Quran  (L/P)
              (ii) Bercerita               (L/P)
              (iii) Hafazan                (L/P)
              (iv) Nasyid                



    SKTU 3 telah memenangi beberapa pertandingan yang disertai:-
                 (i) Hafazan   (L) - Tempat pertama
                 (ii) Bercerita (L) - Tempat kedua
                 (iii) Nasyid         -  Tempat ketiga