MAJLIS SAMBUTAN DAN JAMUAN HARI GURU SKTU3 2010


Nyanyian lagu Guru Malaysia oleh guru-guru SKTU3.

''Kami guru Malaysia,
berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin,
putra putri negara kita"........


Bacaan Ikrar Guru yang diketuai oleh En Zainal Abidin Bin Ishak.

"Bahawasanya kami,
Guru-guru Negara Malaysia,
Dengan ini berikrar,".........


Persembahan daripada murid-murid SKTU3.





Penyampaian hadiah "Kad Ucapan Hari Guru" & sesi bersalaman bersama 
guru dan murid-murid




Sukaneka guru & jamuan di Hotel Good Hope, Johor Bahru


GOTONG-ROYONG SEMPENA HARI GURU 2010


Pada 15 Mei 2010, satu gotong-royong telah diadakan sempena Hari Guru 2010. Gotong-royong ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Kawasan yang terlibat ialah kawasan longkang sekolah, kelas-kelas dan bilik-bilik khas seperti perpustakaan. Murid-murid juga hadir untuk sama-sama membantu guru-guru membersihkan kawasan sekolah.

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 2010



15 Mei 2010, SKTU3 telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 2 untuk Tahap 1 iaitu tahun 1 hingga 3.
Semasa kem ini, murid-murid telah diajar cara yang betul untuk mengambil wuduk beserta doa-doa dan cara-cara menunaikan solat. Diharapkan dengan adanya kem seperti ini murid-murid dapat menguasai sepenuhnya apa yang telah dipelajari..

JAMBOREE PENGAKAP 2010


Pada 14 & 15 Mei 2010, Persatuan Pengakap telah mengadakan Program Jamboree Pengakap untuk tahun 2010 bertempat di SKTU. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasang khemah, camp fire/malam kebudayaan, 'pungguk rindukan bulan', pertandingan kawad kaki dan 'cook like a chef'.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman peserta tentang suasana dan aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan. Selain itu, diharapkan ia juga dapat membentuk sifat bekerjasama dikalangan peserta. Tahniah...

KEM JATI DIRI PENGAWAS & KETUA KELAS 2010

Pada 7 & 8 Mei 2010, badan pengawas SKTU3 telah mengadakan Kem Jati Diri di Hutan Bandar Johor Bahru untuk pengawas sekolah dan ketua kelas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini dikendalikan oleh Syarikat Al-Falah dengan kerjasama guru-guru pengiring daripada SKTU3 iaitu Pn Sharifah, Pn Suhaila, Pn Rohana, En Iswadi, Pn Rozilah, Pn Arbayah dan En Saifudin.

SELAMAT HARI LAHIR, CIKGU.

Selamat hari lahir kepada semua guru yang menyambut hari lahir pada bulan Mac, April dan Mei 2010:

En. Mohamad Rizuan Bin Saleh
(18.3.1976)
Pn Sharipah Binti Mansor
(24.3.1962)
Pn Siti Aminah Bt Ismail
(28.3.1964)
En Saifudin Bin Salim
(31.3.1982)
Pn Azwani Binti Sobri
(9.4.1981)
Pn Nur Aisyah Binti Arshad
(10.4.1974)
En Mohamad Azizi Bin Md Ja'afar
(25.4.1977)
Pn Hamidah Binti Said
(2.5.1981)

KEJOHANAN TENIS 2010


Pada 23-25 April 2010 telah berlangsung Kejohanan MSSJ di Tangkak, Johor. Adik Syahirah Binti Abdul Rahaman dari kelas 3 Cerdik telah berjaya mewakili daerah Johor Bahru ke MSSJ dalam permainan tenis. Teruskan usaha...

MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU PRAKTIKUM 2010




Pada 30 April 2010, SKTU3 telah mengadakan majlis ringkas sempena meraikan guru-guru praktikum yang telah tamat tempoh praktikum di sini. Kami warga SKTU3 mengucapkan terima kasih di atas segala komitmen yang telah diberikan. Semoga guru-guru akan terus cemerlang dan berusaha memartabatkan profesion perguruan ini.