Lawatan Ke Kuala Lumpur Tahun 6

Setelah selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pihak SKTU(3) telah mengadakan Program Rehat Minda ke Kuala Lumpur untuk murid Tahun 6. Program lawatan yang berjalan selama 2 hari 1 malam ini disertai oleh 35 murid dan 8 guru pengiring. Ianya bermula pada 25 September hingga 26 September 2010.



Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini mengadakan lawatan ke beberapa tempat seperti Dataran Merdeka, Tugu Negara, Memorial Tun Abdul Razak, Muzium Negara, Planetarium Negara, Petrosains, Menara Kuala Lumpur dan Jejantas Udara Menara Berkembar KLCC.



Sepanjang lawatan ini diadakan pelbagai pengetahuan yang dipelajari di sekolah dapat dilihat secara dekat di tempat yang dilawati. Diharap program seperti ini dapat meningkatkan lagi minat murid dalam menambahkan pengetahuan diri.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, guru-guru pengiring, ibu bapa dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan


Kedatangan Bulan Ramadhan tahun ini disambut oleh warga SKTU (3) dengan rasa syukur serta diisi dengan aktiviti yang turut sama menambahkan lagi keberkatan Ramadhan. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam ini seperti Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Ceramah Motivasi.

Ceramah Motivasi
Aktiviti -aktiviti yang dijalankan mendapat penyertaan dari segenap lapisan warga SKTU(3) ini menyemarakkan lagi Ramadhan kali ini dan turut memberi pengetahuan kepada murid tentang pengisian yang dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini.


Diharap agar ibadah dan ilmu yang diperolehi dapat diteruskan sepanjang tahun dalam kehidupan seharian.

Majlis Solat Hajat Murid Tahun 6

Mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang lalu, SKTU(3) telah mengadakan Majlis Solat Hajat untuk calon-calon UPSR 2010. Majlis yang bermula pada 6.00 petang ini telah diisi dengan bacaan Yaasin dan solat berjemaah Maghrib diikuti dengan solat hajat yang dihadiri oleh murid-murid, ibu bapa dan guru-guru SKTU (3).



Sehubungan itu, terima kasih diucapkan kepada ibubapa murid Tahun 6 yang menghadirkan mendoakan kejayaan calon-calon UPSR 2010. Semoga kecemerlangan yang dihajatkan akan dimakbulkan Allah..Amin.

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010

Sempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan 2010, SKTU(3) telah menjalankan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Program yang diadakan dari 23 Ogos hingga 16 September 2010 ini bermatlamat untuk menanam semangat patriotik dalam diri murid serta meningkatkan lagi penghayatan murid dalam menghayati semangat kemerdekaan.

Antara program yang dijalankan ialah :-

a) Nyanyian lagu patriotik setiap pagi pada waktu perhimpunan
b) Pertandingan Kelas Patriotik
c) Pertandingan Mewarna
d) Kuiz

Perasmian oleh Pn Hjh Hamiah bt Othman

Diharap dengan penganjuran Bulan Kemerdekaan ini pada masa yang sama dapat memupuk murid supaya mengenali dan menghargai tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTU(3) yang turut menjayakan Bulan Kemerdekaan ini.

"MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!'