Perasmian Sudut Anti Dadah dan Program Badan Anak Yatim dan Miskin

Pada tarikh 22 Mei 2011, telah berlangsung satu majlis anjuran PIBG SKTU 3 dan Badan Anak-Anak Yatim dan Miskin. Majlis tersebut yang diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin dan mengeratkan permuafakatan antara masyarakat dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO).

Tetamu jemputan

Ketibaan YB Puan Tan Ah Teng







Persembahan Nasyid
Ucapan YB Puan Tan Ah Teng
Persembahan nasyid


Perasmian Sudut Anti Dadah
Majlis sambutan yang diadakan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Puan Tan Ah Eng. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti persembahan nasyid dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Satu perasmian sudut Anti Dadah dan pameran Anti Dadah juga turut diadakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya generasi muda tentang bahaya dadah. 








YDP dan Ahli PIBG SKTU 3

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Puan Tan Ah Heng yang sudi merasmikan majlis ini dan sekalung tahniah juga diucapkan kepada Badan Anak-Anak Yatim dan Miskin (BAYAM) dan AJK PIBG serta guru-guru SK Taman Universiti 3 kerana berjaya mengadakan majlis ini. Diharap kerjasama seperti ini dapat dijalankan lagi di masa hadapan. 

SELAMAT HARI GURU

16 Mei 2011- SK Taman Universiti 3 telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Pelbagai acara yang diadakan untuk meraikan guru-guru dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada guru mereka.

Selepas perhimpunan pagi, murid-murid dan guru-guru sama-sama mendengar perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia dan diikuti dengan ucapan guru besar. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar oleh guru-guru dan nyanyian lagu tradisi Hari Guru, "Kami Guru Malaysia" diikuti dengan "Selangkah Ke Hadapan" dan lagu tema Hari Guru 2011, "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

GPK Kurikulum En AB Hadi membacakan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia

Ucapan Guru Besar Pn Hjh Hamiah Binti Othman

Guru-guru yang diraikan

Ucapan Ketua Murid


Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia"

Acara memotong kek




Sambutan diteruskan dengan acara bersalaman bersama guru-guru dan murid-murid dan sukaneka oleh guru-guru. Kemuncak sambutan dilengkapi dengan beberapa persembahan daripada guru-guru. Terima kasih kepada semua guru-guru yang menjayakan sambutan dan ribuan terima ksih kepada pihak PIBG dan warga SKTU 3 yang turut meraikan sambutan hari guru tahun ini.

Persembahan murid 

Acara bersalaman

Acara bersalaman


Sukaneka Guru

Persembahan guru 1

Persembahan guru 2

Persembahan guru 3

Persembahan guru 4

Persembahan guru 5

Persembahan guru 6


Sambutan diteruskan dengan acara bersalaman bersama guru-guru dan murid-murid dan sukaneka oleh guru-guru. Kemuncak sambutan dilengkapi dengan beberapa persembahan daripada guru-guru. Terima kasih kepada semua guru-guru yang menjayakan sambutan dan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG dan warga SKTU 3 yang turut meraikan sambutan hari guru tahun ini.

Mari bersama Menjana Transformasi Pendidikan Negara!

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SKTU 3 telah diadakan dengan kerjasama dengan Surau Al Falah Taman Universiti.
Bersempena sambutan ini telah berlangsung pelbagai aktiviti untuk murid-murid dan juga penduduk setempat. Pihak SKTU 3 telah mengadakan beberapa pertandingan di peringkat sekolah seperti pertandingan nasyid, dan azan.
Sambutan Maulidur Rasul bermula dengan bacaan selawat beramai-ramai di SKTU 3 dan acara sukaneka untuk murid-murid. Program diteruskan dengan Perarakan Maulidur Rasul ke Surau Al Falah dengan disulami bacaan selawat.

Sambutan di Surau Al Falah diteruskan dengan Pertandingan Memasak, Persembahan nasyid dan ceramah agama. Sebelum menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak Surau Al Falah, majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan diadakan.


Bacaan Selawat di SKTU 3

Acara Sukaneka

Acara Sukaneka


Pertandingan Memasak



Penyampaian hadiah


Pihak SKTU 3 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Surau Al Falah atas kesudian untuk sama mengadakan sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Diharap sambutan sebegini dapat diamalkan oleh anak didik SKTU 3 setiap tahun.

Lawatan Ke Pelabuhan Tanjung Pelepas

Pada 12 April 2011, Panitia Kemahiran Hidup SKTU 3 telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Lawatan yang disertai oleh 80 orang murid ini diiringi oleh 8 orang guru. Murid-murid telah diberikan penerangan oleh wakil dari PTP semasa lawatan. Matlamat lawatan ini bertujuan menambahkan lagi pengalaman murid dan pengetahuan mereka dengan pembelajaran di luar bilik darjah.



Pemandangan di PTP

Peserta lawatan

Penyampaian cenderhati

Guru pengiring dan wakil PTP

Diharap pengetahuan ini dapat dimanfaatkan oleh murid-murid. Terima kasih diucapkan kepada pihak PTP dan guru-guru SKTU 3.