KEJOHANAN RENANG MSSD JOHOR BAHRU 2012

Pada tarikh 2 dan 3 Februari 2012 telah berlangsung satu Kejohanan Renang MSSD Johor Bahru. Kejohanan yang berlangsung di Taman University Sport Recreation Club telah disertai oleh SK Taman Universiti 3 dengan menghantar murid Cindy Tai Sin Hui sebagai wakil tunggal ke Kejohanan tersebut

Sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut, Cindy telah berjaya memenangi 10 pingat emas dalam kesemua acara yang sertai dan memecahkan 8 rekod kejohanan tersebut.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Cindy kerana mengharumkan nama sekolah dan slamat berjaya ke peringkat seterusnya.

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru Tahun 6

Pada 14 Januari 2012, SKTU 3 telah berjaya mengadakan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru untuk murid-murid Tahun 6. Majlis yang turut dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Hj. Muhammad Shafie Bin Abd. Latif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui program-program kecemerlangan yang akan dijalankan oleh pihak sekolah untuk anak-anak mereka. 










Satu program motivasi bersama ibu bapa turut dijalankan oleh pihak Wow Coaching. Program ini diharap dapat memberi satu kesedaran dan meningkatkan motivasi murid untuk bersedia menghadapi UPSR.


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut hadir menjayakan majlis ini.