Mural Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Johor

Pada 23 dan 27 Disember 2010, guru-guru SKTU (3) telah berjaya menghasilkan dua buah mural Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Johor. Aktiviti yang turut dibantu oleh kakitangan sekolah itu telah berjaya disiapkan dan diharap menjadi satu simbol patriotik warga SKTU (3)....


                                                              Mural Bendera Johor



                                                               Mural Jalur Gemilang
  
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!









                                                                                         




Jamuan Akhir Tahun BKGS 2010

Jamuan Akhir Tahun BKGS SKTU 3 telah diadakan di JB Catering pada 12 November 2010 (Jumaat). Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah diraikan dengan sederhana tetapi meriah oleh warga kerja SKTU3. Ia dirasmikan oleh Guru Besar SKTU 3, Pn Hjh Hamiah Othman.

Ucapan oleh Pn Hjh Hamiah Othman
Sesi pendaftaran 


Penyampaian cenderamata


Majlis yang diadakan saban tahun itu dapat mengeratkan lagi silahturrahim sesama warga SKTU 3. Turut disampaikan ialah hadiah hari lahir bagi warga yang menyambut hari lahir dari bulan Oktober sehingga Disember.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini.. Jumpa lagi tahun hadapan!!

Jamuan Tahun 6

Murid Tahun 6 sesi 2010 akan mengakhiri zaman sekolah rendah dan menaiki tangga ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Sebagai tanda kenangan dan penghargaan, pihak sekolah telah mengadakan satu Jamuan Perpisahan untuk murid-murid Tahun 6 SKTU 3 2010. 


Ucapan Aluan oleh Pn Sharipah Mansur, GPK HEM.
Ucapan oleh Pn Jamilah Kassim

Ucapan dari wakil murid Tahun 6, Muhd Ikmal.
 Jamuan tersebut dipengerusikan oleh Pn Jamilah Kassim sebagai penyelaras Tahun 6 dan dirasmikan oleh GPK HEM, Pn. Sharipah Mansur. Pelbagai acara telah diadakan seperti cabutan bertuah, persembahan nyanyian solo dan Pakaian Paling Segak dan Anggun.


Penyampaian hadiah cabutan bertuah

Pemenang Pakaian Paling Segak

Pemenang Pakaian Paling Anggun


Keputusan UPSR 2010

Tanggal 11 November 2010 telah menamatkan debaran bagi semua murid yang telah menduduki UPSR bagi tahun ini kerana keputusan yang ditunggu-tunggu telah diumumkan. Bagi SK Taman Universiti 3, keputusan yang diperolehi juga membanggakan.

Seramai 9 orang murid berjaya memperolehi keputusan cemerlang iaitu 5A bagi matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris dan Sains. Manakala seramai 15 orang murid mendapat 4A 1B.

GPS (Gred Purata Sekolah) yang diperolehi pula sebanyak 1.88 yang menunjukkan peningkatan berbanding 2.08 pada tahun lepas. Peratus kelulusan bagi matapelajaran juga menunjukkan peningkatan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan warga SKTU 3 yang sama-sama menyumbangkan tenaga dan doa dalam mencapai kecemerlangan sekolah.

Tahniah diucapkan kepada semua murid - murid Tahun 6 dan diharapkan akan terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan!
Pengumuman Keputusan UPSR oleh Guru Besar, Pn Hjh Hamiah Othman


Murid Tahun 6 yang mendapat 5A bersama Penyelaras Tahun 6 Pn Jamilah Kassim






Lawatan Ke Institut Veterinar

Pada 10 November 2010, Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Institut Veterinar Kluang. Lawatan yang disertai oleh 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring itu bermula pada jam 8.00 pagi di Institut Veterinar Kluang.

Tempat yang pertama dilawati ialah tempat pemerahan dan pemprosesan susu lembu dan ladang lembu. Selepas itu, murid-murid dibawa ke ladang kerbau, kuda, kambing dan rusa. Lawatan tersebut diiringi pegawai pengiring institut yang memberi penerangan lengkap tentang setiap ladang yang dilawati.

Penerangan oleh pegawai Institut Veterinar Kluang
Lawatan ke Ladang Rusa


Lawatan ini memberikan maklumat kepada murid tentang cara penghasilan susu dan juga bagaimana haiwan ternakan dijaga. Murid-murid juga menerima pendedahan tentang kepentingan industri penternakan.

Tempat pemprosesan susu lembu
Memberi susu kepada anak lembu

Terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Veterinar Kluang kerana layanan mesra yang diberi dan sudi menerima kunjungan kami.

Hari Kokurikulum 2010

Hari Kokurikulum SKTU 3 telah diadakan pada 30 Oktober 2010. Antara acara yang diadakan ialah Pertandingan Kawad, Sukaneka, Pertandingan Makan Roti dan Pakaian Mumia.

Semua acara yang diadakan mendapat penyertaan daripada Badan-Badan Beruniform SKTU 3 seperti Pengakap, PBSM, Puteri Islam, Tunas Puteri dan Kadet Remaja Sekolah.



Ucapan oleh GPK 1, En. AB Hadi Bin Daud
Pengakap

Persatuan Bulan Sabit Merah
Kadet Remaja Sekolah




Persatuan Puteri Islam
Persatuan Tunas Puteri




Penyampaian hadiah


Tempat pertama keseluruhan dimenangi oleh Pengakap


Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTU 3 yang menjayakannya dan tahniah kepada yang berjaya.


Kejohanan Olahraga SKTU (3)

SKTU(3) telah mengadakan Kejohanan Olahraga pada 9 Oktober 2010. Kejohanan yang berlangsung dengan lancar ini telah menyaksikan penyertaan murid yang menggalakkan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 mengikut acara peringkat masing-masing.

Pada hari kejohanan, pelbagai pertandingan diadakan seperti pertandingan perbarisan dan khemah tercantik mengikut rumah sukan masing-masing.

Kejohanan yang telah diadakan secara berperingkat ini sejak bulan Julai lagi dengan mengadakan acara padang dan sukaneka diikuti dengan acara balapan telah menobatkan Rumah Sukan Wira sebagai pasukan yang memperolehi markah tertinggi bagi Kejohanan Tahun 2010.

Berikut adalah penerima anugerah utama Kejohanan Olahraga SKTU 3 pada tahun ini:

    a) Olahragawan : Mohd Hanif Bin Mohd Yusoff              


  b) Olahragawati : Nur Anisah Binti Ali


c) Olahragawan Harapan : Ahmad Bukhari Bin Abd Halim

d) Olahragawati Harapan: Nur Shahirah Binti Shamsor

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan kepada semua warga SKTU 3 yang menjayakan Kejohanan Olahraga Ke 9. Juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan kejohanan.



Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga Kali Ke 9.  Tahniah Rumah Wira!
Acara penyertaan dari ibubapa dan guru







Lawatan Ke Kuala Lumpur Tahun 6

Setelah selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pihak SKTU(3) telah mengadakan Program Rehat Minda ke Kuala Lumpur untuk murid Tahun 6. Program lawatan yang berjalan selama 2 hari 1 malam ini disertai oleh 35 murid dan 8 guru pengiring. Ianya bermula pada 25 September hingga 26 September 2010.



Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini mengadakan lawatan ke beberapa tempat seperti Dataran Merdeka, Tugu Negara, Memorial Tun Abdul Razak, Muzium Negara, Planetarium Negara, Petrosains, Menara Kuala Lumpur dan Jejantas Udara Menara Berkembar KLCC.



Sepanjang lawatan ini diadakan pelbagai pengetahuan yang dipelajari di sekolah dapat dilihat secara dekat di tempat yang dilawati. Diharap program seperti ini dapat meningkatkan lagi minat murid dalam menambahkan pengetahuan diri.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, guru-guru pengiring, ibu bapa dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan


Kedatangan Bulan Ramadhan tahun ini disambut oleh warga SKTU (3) dengan rasa syukur serta diisi dengan aktiviti yang turut sama menambahkan lagi keberkatan Ramadhan. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam ini seperti Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Ceramah Motivasi.

Ceramah Motivasi
Aktiviti -aktiviti yang dijalankan mendapat penyertaan dari segenap lapisan warga SKTU(3) ini menyemarakkan lagi Ramadhan kali ini dan turut memberi pengetahuan kepada murid tentang pengisian yang dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini.


Diharap agar ibadah dan ilmu yang diperolehi dapat diteruskan sepanjang tahun dalam kehidupan seharian.

Majlis Solat Hajat Murid Tahun 6

Mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang lalu, SKTU(3) telah mengadakan Majlis Solat Hajat untuk calon-calon UPSR 2010. Majlis yang bermula pada 6.00 petang ini telah diisi dengan bacaan Yaasin dan solat berjemaah Maghrib diikuti dengan solat hajat yang dihadiri oleh murid-murid, ibu bapa dan guru-guru SKTU (3).



Sehubungan itu, terima kasih diucapkan kepada ibubapa murid Tahun 6 yang menghadirkan mendoakan kejayaan calon-calon UPSR 2010. Semoga kecemerlangan yang dihajatkan akan dimakbulkan Allah..Amin.

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010

Sempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan 2010, SKTU(3) telah menjalankan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Program yang diadakan dari 23 Ogos hingga 16 September 2010 ini bermatlamat untuk menanam semangat patriotik dalam diri murid serta meningkatkan lagi penghayatan murid dalam menghayati semangat kemerdekaan.

Antara program yang dijalankan ialah :-

a) Nyanyian lagu patriotik setiap pagi pada waktu perhimpunan
b) Pertandingan Kelas Patriotik
c) Pertandingan Mewarna
d) Kuiz

Perasmian oleh Pn Hjh Hamiah bt Othman

Diharap dengan penganjuran Bulan Kemerdekaan ini pada masa yang sama dapat memupuk murid supaya mengenali dan menghargai tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTU(3) yang turut menjayakan Bulan Kemerdekaan ini.

"MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!'

Anugerah Guru Cemerlang

Pada tahun 2010, 3 orang guru daripada SKTU 3 telah menerima Anugerah Guru Cemerlang. Antaranya ialah :
1. Pn Intan Surya Bt Jamaluddin
2. Pn Rohana Bt Abdullah
3. Pn Jamilah Bt Kassim




Tahniah diucapkan  kepada guru-guru yang berjaya.

Minggu Pusat Sumber Sekolah dan Bulan Membaca

Pusat Sumber Sekolah (PSS) SKTU 3 telah mengadakan Minggu PSS dan Bulan Membaca sepanjang bulan Julai. Majlis yang telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTU 3,Pn Hjh Hamiah Othman, ini mengadakan pelbagai program yang mana bertujuan untuk menambahkan minat murid supaya gemar membaca.

Pada Bulan Membaca ini juga, beberapa pertandingan turut dijalankan seperti Pembaca Terbanyak, Pengulas Buku Fiksyen Terbaik dan Kuiz PSS.



Diharap dengan berlangsungnya program ini, murid SKTU 3 dapat meneruskan tabiat membaca ini sepanjang hayat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru Praktikum IPTI Johor Bahru iaitu Cik Dorene Ho Li Yuen dan Cik Wong Kar Kei yang sama-sama menganjurkan program ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada warga SKTU 3 yang sama terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam melancarkan program ini.

Minggu Sains 2010

Pada 19 -23 Julai 2010 , telah diadakan Minggu Sains SKTU (3) untuk tahun 2010. Program Minggu Sains ini telah dianjurkan oleh Panitia Sains SKTU(3) dengan kerjasama guru praktikum dari Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, En. Zulfadhli dan En. Muhd Daniel Afiq.

Sepanjang Minggu Sains tersebut, pelbagai aktiviti dan pameran yang telah dijalankan. Antaranya Tayangan Video, Pameran Sains, Pertandingan Payung Terjun, Eureka, Pertandingan Mewarna dan Kuiz Sains. Penyertaan murid SKTU(3) dalam semua aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat menambahkan minat dan kefahaman mereka dalam bidang Sains.
Perasmian oleh Pn Sharipah Mansor (GPK HEM SKTU 3)

Pertandingan payung terjun











Pameran Sains
Semoga dengan tercapainya objektif Minggu Sains ini akan meningkatkan semangat dan motivasi pelajar.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga SKTU(3) yang memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sehubungan dengan itu, pihak SKTU (3) juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru praktikum IPTI Johor Bahru En. Zulfahdli dan En Daniel kerana banyak membantu dalam melaksanakan program ini.

Latihan Kebakaran


Kemalangan atau bencana boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga dan tanpa mengira tempat. Sebagai langkah keselamatan dan persediaan kepada murid-murid serta guru, SKTU 3 telah mengadakan Latihan Kebakaran pada 20 Julai 2010. 


Latihan kebakaran tersebut telah memberikan gambaran kecil kepada murid-murid tentang situasi jika berlaku bencana seperti kebakaran. Dengan pendedahan seperti ini, murid-murid telah mengetahui apakah yang perlu mereka lakukan, ke manakah harus mereka pergi dan apa yang perlu dielakkan jika menghadapi situasi kecemasan seperti ini. Latihan kebakaran ini juga menunjukkan cara untuk menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api.


 
Matlamat latihan ini diharap dapat memberi maklumat penting kepada murid tentang tindakan sepatutnya jika menghadapi kecemasan. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa 3K kerana menganjurkan program seperti ini.


Hari Terbuka SKTU 3 2010

 
Pada 3 Julai 2010, SKTU 3 telah mengadakan Hari Terbuka. Pada hari tersebut, ibubapa dijemput hadir ke sekolah untuk mengetahui prestasi pembelajaran anak masing-masing. Program yang berlangsung bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa murid –murid SKTU 3. 



Pada masa yang sama,program motivasi untuk murid Tahun 6 dan ibubapa masing-masing turut dijalankan. Program yang dijalankan oleh En. Rizuan Salleh, guru SKTU 3, ini bertujuan untuk menambahkan semangat dan motivasi murid-murid Tahun 6 dan dengan kehadiran ibubapa masing-masing akan dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan mereka dalam UPSR. 
 


















Pihak sekolah berharap dengan keberlangsungan program yang diadakan setiap tahun ini juga dapat memberi peluang untuk ibubapa murid-murid untuk mengetahui prestasi anak mereka di sekolah dan turut serta dalam meningkatkan lagi prestasi anak-anak mereka.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang hadir dan  pihak-pihak yang turut menjayakan Hari Terbuka SKTU 3 2010.