Latihan Kebakaran


Kemalangan atau bencana boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga dan tanpa mengira tempat. Sebagai langkah keselamatan dan persediaan kepada murid-murid serta guru, SKTU 3 telah mengadakan Latihan Kebakaran pada 20 Julai 2010. 


Latihan kebakaran tersebut telah memberikan gambaran kecil kepada murid-murid tentang situasi jika berlaku bencana seperti kebakaran. Dengan pendedahan seperti ini, murid-murid telah mengetahui apakah yang perlu mereka lakukan, ke manakah harus mereka pergi dan apa yang perlu dielakkan jika menghadapi situasi kecemasan seperti ini. Latihan kebakaran ini juga menunjukkan cara untuk menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api.


 
Matlamat latihan ini diharap dapat memberi maklumat penting kepada murid tentang tindakan sepatutnya jika menghadapi kecemasan. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa 3K kerana menganjurkan program seperti ini.


Hari Terbuka SKTU 3 2010

 
Pada 3 Julai 2010, SKTU 3 telah mengadakan Hari Terbuka. Pada hari tersebut, ibubapa dijemput hadir ke sekolah untuk mengetahui prestasi pembelajaran anak masing-masing. Program yang berlangsung bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa murid –murid SKTU 3. 



Pada masa yang sama,program motivasi untuk murid Tahun 6 dan ibubapa masing-masing turut dijalankan. Program yang dijalankan oleh En. Rizuan Salleh, guru SKTU 3, ini bertujuan untuk menambahkan semangat dan motivasi murid-murid Tahun 6 dan dengan kehadiran ibubapa masing-masing akan dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan mereka dalam UPSR. 
 


















Pihak sekolah berharap dengan keberlangsungan program yang diadakan setiap tahun ini juga dapat memberi peluang untuk ibubapa murid-murid untuk mengetahui prestasi anak mereka di sekolah dan turut serta dalam meningkatkan lagi prestasi anak-anak mereka.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang hadir dan  pihak-pihak yang turut menjayakan Hari Terbuka SKTU 3 2010.