Jamuan Akhir Tahun BKGS 2010

Jamuan Akhir Tahun BKGS SKTU 3 telah diadakan di JB Catering pada 12 November 2010 (Jumaat). Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah diraikan dengan sederhana tetapi meriah oleh warga kerja SKTU3. Ia dirasmikan oleh Guru Besar SKTU 3, Pn Hjh Hamiah Othman.

Ucapan oleh Pn Hjh Hamiah Othman
Sesi pendaftaran 


Penyampaian cenderamata


Majlis yang diadakan saban tahun itu dapat mengeratkan lagi silahturrahim sesama warga SKTU 3. Turut disampaikan ialah hadiah hari lahir bagi warga yang menyambut hari lahir dari bulan Oktober sehingga Disember.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini.. Jumpa lagi tahun hadapan!!

Jamuan Tahun 6

Murid Tahun 6 sesi 2010 akan mengakhiri zaman sekolah rendah dan menaiki tangga ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Sebagai tanda kenangan dan penghargaan, pihak sekolah telah mengadakan satu Jamuan Perpisahan untuk murid-murid Tahun 6 SKTU 3 2010. 


Ucapan Aluan oleh Pn Sharipah Mansur, GPK HEM.
Ucapan oleh Pn Jamilah Kassim

Ucapan dari wakil murid Tahun 6, Muhd Ikmal.
 Jamuan tersebut dipengerusikan oleh Pn Jamilah Kassim sebagai penyelaras Tahun 6 dan dirasmikan oleh GPK HEM, Pn. Sharipah Mansur. Pelbagai acara telah diadakan seperti cabutan bertuah, persembahan nyanyian solo dan Pakaian Paling Segak dan Anggun.


Penyampaian hadiah cabutan bertuah

Pemenang Pakaian Paling Segak

Pemenang Pakaian Paling Anggun


Keputusan UPSR 2010

Tanggal 11 November 2010 telah menamatkan debaran bagi semua murid yang telah menduduki UPSR bagi tahun ini kerana keputusan yang ditunggu-tunggu telah diumumkan. Bagi SK Taman Universiti 3, keputusan yang diperolehi juga membanggakan.

Seramai 9 orang murid berjaya memperolehi keputusan cemerlang iaitu 5A bagi matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris dan Sains. Manakala seramai 15 orang murid mendapat 4A 1B.

GPS (Gred Purata Sekolah) yang diperolehi pula sebanyak 1.88 yang menunjukkan peningkatan berbanding 2.08 pada tahun lepas. Peratus kelulusan bagi matapelajaran juga menunjukkan peningkatan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan warga SKTU 3 yang sama-sama menyumbangkan tenaga dan doa dalam mencapai kecemerlangan sekolah.

Tahniah diucapkan kepada semua murid - murid Tahun 6 dan diharapkan akan terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan!
Pengumuman Keputusan UPSR oleh Guru Besar, Pn Hjh Hamiah Othman


Murid Tahun 6 yang mendapat 5A bersama Penyelaras Tahun 6 Pn Jamilah Kassim






Lawatan Ke Institut Veterinar

Pada 10 November 2010, Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Institut Veterinar Kluang. Lawatan yang disertai oleh 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring itu bermula pada jam 8.00 pagi di Institut Veterinar Kluang.

Tempat yang pertama dilawati ialah tempat pemerahan dan pemprosesan susu lembu dan ladang lembu. Selepas itu, murid-murid dibawa ke ladang kerbau, kuda, kambing dan rusa. Lawatan tersebut diiringi pegawai pengiring institut yang memberi penerangan lengkap tentang setiap ladang yang dilawati.

Penerangan oleh pegawai Institut Veterinar Kluang
Lawatan ke Ladang Rusa


Lawatan ini memberikan maklumat kepada murid tentang cara penghasilan susu dan juga bagaimana haiwan ternakan dijaga. Murid-murid juga menerima pendedahan tentang kepentingan industri penternakan.

Tempat pemprosesan susu lembu
Memberi susu kepada anak lembu

Terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Veterinar Kluang kerana layanan mesra yang diberi dan sudi menerima kunjungan kami.