Baru nak update lee.....

Salam semua, Ini baru nak update setelah lama menyepi sebab buat2 sibuk dan sibuk betul2 daaa.....macamanapun laman rasmi sekolah tetap update ikut masa..he he he nanti ada citer baru kawe update lagi yaaa.. SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA KAWAN@GURU

Boling Padang sempena Hari Guru 2008

Abe Din tengah 'action' untuk blog

Johan acara 'Minum Sirap Terbanyak'

Lain-lain gambar kat sini atau di laman rasmi SKTU3 http://sktu3.zoom-a.com

Kursus Motivasi di BTPN Johor

Antara yang menarik.......
Kursus Budaya Kerja Cemerlang telah disampaikan oleh Tuan PPD Johor Bahru,En.Aminuddin Adam sendiri.Terima kasih daun keladi Tuan Haji.
Peserta-peserta Kursus Motivasi Budaya Kerja Cemerlang di BTPN Johor.
Kumpulan 'PASSION 6' yang Cemerlang,Gemilang,Terbilang dan Temberang.....

Webmaster N' the Bujang Kelana posing........

Apehal jalan kengkang semua mamat ni?????

Check-In di 'Hotel Sri Johor'

Sedang membuat pembentangan secara serius (tengok muka...)

Lain-lain gambar menarik sila layari Laman Web Rasmi SKTU3 di http://sktu3.zoom-a.com

"Selamat Berjaya Untuk Semua"

Hujung Minggu Di Kong Kong (Klik untuk album gambar)

Panorama Taman Pertanian Kong Kong

Pokok naga belum berbuah laaa....

Untuk melihat gambar-gambar menarik yang lain sila ke laman rasmi SKTU3 atau klik pada tajuk diatas.TQ

Penggunaan Internet akan mula dipantau oleh KPM

Kawan-kawan,

KPM akan mula membuat pemantauan terhadap penggunaan internet (SchoolNet dll) dengan pemasangan satu aplikasi baru di setiap unit PC yang dibekalkan oleh kerajaan.

Diharapkan semua warga SKTU3 dapat memaksimumkan penggunaan makmal komputer dan kemudahan talian internet sekolah dengan berhemah.

Penggunaan berhemah yang tinggi menunjukkan tahap celik IT yang tinggi bagi warga SKTU3 dan memberi imej baik kepada sekolah kita.

Jika ada kesulitan untuk menggunakan kemudahan ICT sekolah boleh berhubung dengan En.Zainal (S/U Unit ICT-PPSMI).Insya-Allah beliau akan membantu.

Kem Kepimpinan 1/2008

Kem Kepimpinan Siri 1/2008 akan diadakan seperti berikut :-
Tempat : Taman Pertanian Kong Kong,Masai.
Tarikh : 5hb April - 6hb April 2008
Peserta : Semua Pengawas ,Pengawas Perpustakaan ,Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah.
*Jemputan : Anak-anak guru
Semua guru-guru dijemput menyertai rakan-rakan yang menyelia perjalanan program tersebut.Berikut adalah peta ke Kong Kong rujukan kawan-kawan semua.

Laman Web SKTU3 telah dilancarkan.

Laman Web Rasmi SKTU3 telah dilancarkan dengan rasminya oleh YB Datuk Hj Abd.Aziz B Hj Sapian (ADUN Nusajaya) pada 29 Mac 2008.

Che Din telah meninggal...........

.....kan SKTU3 kerana telah dinaikkan pangkat.En.Zainuddin telah dilantik sebagai GPK KoKu di SK Taman Impian Emas.Berikut adalah amanat terakhir beliau semasa Majlis Perpisahan.TAHNIAH dari kami warga SKTU3.Jangan lupakan kami di sini.

Berita Terkini :Tempahan Uniform

Sesiapa yang telah menempah uniform pada suatu hari tersebut, sila ambil sendiri yea.Semua uniform anda telah siap dijahit.Tunggu tuan/puan bayar dan ambil.Tiada perkhidmatan hantar ke sekolah oleh tukang jahit.Jika perlukan peta lokasi sila jumpa webmaster.Terima kasih. Peta lokasi.........

Peristiwa Di SKTU3

Laporan Bergambar Kejohanan Hoki Zon Gelang Patah Klik disini...
MINGGU BAHASA MELAYU Laporan bergambar DISINI....
PENUTUPAN RASMI MINGGU ANTI-DADAH Laporan bergambar DISINI...
PROGRAM RAKAN MUDA JIRAN MUDA DI KEM KAIZEN,GUNUNG PULAI >>>Laporan bergambar klik DISINI<<<