Ujian SEGAK penggal 1 2011

Pada hari Sabtu, 26 Mac 2011, SKTU 3 telah menjalankan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan. Ujian yang dijalankan pada setiap penggal persekolahan ini melibatkan semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6).

Program ini dimulakan dengan Aktiviti Senamrobik  yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih daripada Institut Perguruan Temenggung Ibrahim.





Ujian ini bertujuan untuk melahirkan murid mempunyai tahap kecergasan yang baik selain mendidik murid supaya sentiasa memastikan diri mereka cergas.

Ujian Kecergasan yang dijalankan ialah :

a) Ujian Jangkauan Melunjur


b) Ujian Naik Turun Bangku



(c) Ujian Ringkuk Tubi Separa

(d) Ujian Tekan Tubi


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua murid, guru-guru pelatih dan semua guru SKTU 3 serta warga SKTU 3 yang membantu menjalankan UJIAN SEGAK penggal pertama 2011.

Mesyuarat Agung PIBG Ke 9

Mesyuarat agung PIBG SKTU 3 telah diadakan pada 4 Mac 2011. Mesyuarat tahunan ini telah dihadiri oleh ibubapa murid SKTU 3 dan guru-guru dan turut dirasmikan oleh YB ADUN Nusajaya Datuk Hj Aziz Bin Sapian.
Pendaftaran Tetamu




Datuk Hj Aziz Sapian diiringi Guru Besar dan AJK PIBG
Ahli Jawatankuasa PIBG





Ucapan YDP PIBG

Ucapan YB Datuk Hj Aziz Sapian

Kumpulan Kompang SKTU 3


Mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut dimeriahkan dengan penyampaian anugerah cemerlang UPSR 2011, Anugerah Kokurikulum Terbaik, Sumbangan Majlis Agama Islam Johor dan Acara Cabutan Bertuah.

Penerima Hadiah Kokurikulum Terbaik - Cindy Tai Sin Hui
















Antara pelajar cemerlang UPSR 2011

















Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Hj Aziz Bin Sapian kerana sudi hadir merasmikan majlis. Tidak lupa kepada ibubapa, guru-guru dan hadirin yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SKTU 3 ke 9, terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan...Jumpa lagi di masa hadapan.

Sumbangan Majlis Agama Islam Johor

Kejohanan Akuatik MSSJ 2011

Pada tarikh 24 hingga 26 Februari 2011, telah berlangsung satu Kejohanan Akuatik MSSJ di Pusat Akuatik Johor Bahru.
SK Taman Universiti 3 telah diwakili oleh Cindy Tai Sin Hui yang menyertai sepuluh acara.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Cindy kerana berjaya memenangi kesemua acara yang disertai dan memenangi 10 pingat emas serta turut mencatatkan 7 rekod catatan masa terbaik.



10 Pingat Emas MSSJ 2011
Peserta Terbaik Perempuan MSSJ Keseluruhan 2011


Atas kejayaan itu, dia telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan Bawah 10 dan Peserta Terbaik Perempuan Keseluruhan MSSJ 2011.



Guru Besar SKTU 3 turut mengalungkan menyampaikan pingat kepada peserta

Tahniah diucapkan kepada Cindy dan semua pihak yang terlibat dalam mencapai kejayaan ini.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana mengharumkan nama sekolah.