Ujian SEGAK penggal 1 2011

Pada hari Sabtu, 26 Mac 2011, SKTU 3 telah menjalankan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan. Ujian yang dijalankan pada setiap penggal persekolahan ini melibatkan semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6).

Program ini dimulakan dengan Aktiviti Senamrobik  yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih daripada Institut Perguruan Temenggung Ibrahim.





Ujian ini bertujuan untuk melahirkan murid mempunyai tahap kecergasan yang baik selain mendidik murid supaya sentiasa memastikan diri mereka cergas.

Ujian Kecergasan yang dijalankan ialah :

a) Ujian Jangkauan Melunjur


b) Ujian Naik Turun Bangku



(c) Ujian Ringkuk Tubi Separa

(d) Ujian Tekan Tubi


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua murid, guru-guru pelatih dan semua guru SKTU 3 serta warga SKTU 3 yang membantu menjalankan UJIAN SEGAK penggal pertama 2011.

Tiada ulasan: