KEJOHANAN OLAHRAGA 2012

Pada 7 Julai 2012, Sabtu telah berlangsung Kejohanan Olahraga SKTU 3. Kejohanan yang bermula pada jam 8.00 pagi telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTU 3 Tuan Hj Murad Bin Talisman. 
Majlis dimulakan dengan perarakan rumah sukan dan bacaan ikrar kejohanan serta upacara menaikkan bendera kejohanan.
Acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah acara akhir 100 m, 200 m, 4X100 m, 4X200 mdan acara tarik tali. 

Acara penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang turut dilakukan setelah tamat acara akhir. 
Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang turut hadir memeriahkan 
Kejohanan Olahraga 2012. 








Ucapan Guru Besar SKTU 3

Ucapan YDP PIBG SKTU 3

Bacaan Ikrar Kejohanan 




Olahragawan, Olahragawati terbaik dan
Olahragawan, Olahragawati Harapan.




Juara Keseluruhan : Rumah Wira (Biru)

Olahragawan Terbaik: Amin Bin Hj Hairudin

Olahragawati Terbaik: Siti Farhana Binti Hassan

Olahragawan Harapan : Ahmad Qayyum Daniel Bin Norazmi

Olahragawati Harapan : T Nuraishah Binti T Mazlan

Majlis Khatam Al Quran 2012

Pada Hari Rabu, 15 Ogos 2012, SKTU 3 telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran bersempena dengan Program Tadarrus yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Majlis ini yang disertai oleh 20 orang murid turut diserikan dengan nyanyian nasyid dan persembahan Qalam Jamaie.











Majlis ini turut menjadi penutup Program Bulan Ramadhan anjuran Panitia Agama Islam SKTU 3. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menyertai dan memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung.
Segala sumbangan tuan puan amat kami hargai. Diharapkan Ramadhan kali ini akan terus membawa keberkatan kepada kita.

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2012

       Pada 3 Ogos 2012, SKTU 3 telah mengadakan Perasmian Bulan Kemerdekaan. Majlis yang telah dirasmikan oleh Guru Besar 2012, Pn Hjh Hamiah Othman ini telah dimulakan dengan ucapan penyelaras Bulan Kemerdekaan, Pn Rohana Wahab diteruskan dengan bacaan sajak dan nyanyian lau-lagu patriotik.

Ucapan Perasmian

Upacara Perasmian


Nyanyian lagu patriotik-patriotik




       Sepanjang Bulan Kemerdekaan yang akan berlangsung sehingga 16 Spetember ini, pelbagai aktiviti akan diadakan. Diharap semangat patriotik dan perpaduan akan dapat ditanam dalam diri murid-murid SKTU 3.
              
                             Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2012. Janji Ditepati.

KEJOHANAN RENANG MSSD JOHOR BAHRU 2012

Pada tarikh 2 dan 3 Februari 2012 telah berlangsung satu Kejohanan Renang MSSD Johor Bahru. Kejohanan yang berlangsung di Taman University Sport Recreation Club telah disertai oleh SK Taman Universiti 3 dengan menghantar murid Cindy Tai Sin Hui sebagai wakil tunggal ke Kejohanan tersebut

Sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut, Cindy telah berjaya memenangi 10 pingat emas dalam kesemua acara yang sertai dan memecahkan 8 rekod kejohanan tersebut.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Cindy kerana mengharumkan nama sekolah dan slamat berjaya ke peringkat seterusnya.

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru Tahun 6

Pada 14 Januari 2012, SKTU 3 telah berjaya mengadakan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru untuk murid-murid Tahun 6. Majlis yang turut dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Hj. Muhammad Shafie Bin Abd. Latif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui program-program kecemerlangan yang akan dijalankan oleh pihak sekolah untuk anak-anak mereka. 










Satu program motivasi bersama ibu bapa turut dijalankan oleh pihak Wow Coaching. Program ini diharap dapat memberi satu kesedaran dan meningkatkan motivasi murid untuk bersedia menghadapi UPSR.


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut hadir menjayakan majlis ini.