Ujian Saringan Tahun 1 dan Pendaftaran Prasekolah 2010



Hari ini diadakan ujian saringan dan pendaftaran bagi Tahun 1 dan Prasekolah.Pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi.Taklimat ibubapa diadakan di kantin bagi prasekolah dan dewan bagi murid Tahun 1.Ujian saringan diadakan di kelas Tahun 1 Arif dan Bestari.Proses jualan buku dan keperluan sekolah masih berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Acara dan Majlis pada hari ini.



Pada hari ini,selain dari mesyuarat unit HEM dan KOKO, juga disampaikan sumbangan kepada rakan guru yang mengalami musibah, rakan yang mendapat anak pertama di SKTU3, rakan yang baru berkahwin dan majlis perpisahan untuk Pn.Fadhilah (Pembantu Tadbir) yang akan berpindah ke Pulai dan juga dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pembantu Tadbir. Tahniah dan jumpa lagi.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Sesi Persekolahan 2010

Terkini: Maklumat berkenaan sesi persekolahan 2010 :-

1. Mesyuarat Guru 2010 selamat diadakan pagi tadi dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
2. Buku - buku keperluan murid sesi 2010 telah mula dijual di Kedai Buku SKTU3 pada waktu pejabat SAHAJA.Sila dapatkan senarai bayaran dan keperluan anak-anak tuan/puan di pejabat sekolah.
3. Semua guru-guru akan bertugas mulai hari ini hingga Jumaat,1hb Januari 2010.
4. Tarikh kutipan yuran ialah Jumaat,1hb Januari 2010 dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi SAHAJA.Selepas itu, pembayaran adalah selepas waktu persekolahan anak-anak antara jam 12.40 tengahari hingga 1.30 petang kepada guru kelas anak masing-masing.

HARAP MAKLUM.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Hari Anugerah Cemerlang 2009



Sebentar tadi telah berlangsung Hari Anugerah Cemerlang 2009 di dewan SKTU3. Majlis dirasmikan oleh Prof.Madya Dr.Hj.Shafie, YDP PIBG.  Majlis bermula jam 8.15 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.Aturcara majlis ialah :-

1.Ketibaan dif-dif jemputan
2.Bacaan doa oleh Tn.Hj Hairuddin Satir.
3.Persembahan murid
4.Penyampaian hadiah Pra-sekolah
5.Hadiah matapelajaran terbaik.
6.Jamuan
7.Hadiah Tokoh Murid
8.Cabutan bertuah.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Jamuan Perpisahan Tahun 6



Sebentar tadi telah berlangsung jamuan perpisahan bagi murid-murid Tahun 6.Mereka meraikan guru-guru dan staf sekolah yang banyak  membantu sepanjang tempoh persekolahan mereka di SKTU3 selama 6 tahun lepas.Semoga anda semua berjaya dalam kehidupan masing-masing kelak.Amin.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Jamuan Akhir Tahun BKGS dan Perpisahan 2009



Sebentar tadi warga SKTU3 mengadakan Jamuan Akhir Tahun merangkap jamuan perpisahan bagi warga yang akan berpindah iaitu En.Rosdi ke Terengganu dan En.Azizan ke SK Selesa Jaya.Semoga akan berjumpa lagi di lain masa.Jamuan diadakan di Pulai Spring GCC.Bermula jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Perkhemahan Hari Ko-Kurikulum



Hari Ko-Kurikulum telah dijalankan bermula pada Hari Jumaat jam 3.30 petang untuk pendaftaran peserta kem. Program yang akan dijalankan sepanjang kem ialah ;-

i) Persembahan kebudayaan
ii) Mendirikan khemah
iii) Menyediakan sarapan
iv) Kawad kaki
v) Permainan dalaman
vi) Road relay

Sepanjang perjalanan kem tersebut, murid-murid diawasi sepenuhnya oleh guru-guru mengikut rumah sukan masing-masing sepanjang masa.Keselamatan amat diutamakan.

Jamuan Akhir Tahun SKTU3



Sebentar tadi telah diadakan Jamuan Akhir Tahun mengikut kelas masing-masing. Jamuan diselia oleh guru kelas masing-masing dan juga guru pembantu yang telah ditugaskan. Murid-murid menyumbang makanan,minuman dan kuih-muih yang dibawa dari rumah masing-masing. Sebilangan lagi membuat temapahan dari pihak luar. Setelah selesai jamuan semua bergotong-royong membersihkan kelas masing-masing.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!

KEM MEMBACA 1MALAYSIA


Sebentar tadi berlangsung Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia dengan tema 'Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia'.Majlis dirasmikan oleh Puan Guru Besar dan diiringi oleh paluan kompang dibawah kendalian En.Saifuddin.Antara acara sepanjang minggu ialah :-
1.Pertandingan Mewarna kulit buku
2.Pertandingan Binaan Model Menggunakan Tin Minuman
3.Membuat Penanda Buku/Buku Cerita
4.Pertandingan Kuiz Info Hunt

Ceramah Alam Remaja




Sekarang sedang berlangsung ceramah bertajuk 'Alam Remaja' untuk murid-murid Tahun 6.
Majlis berlangsung di dewan sekolah.Ceramah disampaikan oleh Hj Mohd Huzaini Bin Hj Jufrin dari SK Masai.
Bahagian kedua ceramah pula murid-murid perempuan dipecahkan ke Perpustakaan untuk ceramah berasingan oleh Pn.Siti Aidah Md Supi.Majlis bermula jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Taklimat Ke Tingkatan Satu



Taklimat tersebut diadakan hari ini di dewan SKTU3 khusus untuk murid-murid Tahun 6.Ceramah disampaikan oleh En.Zainal Bin Yusuf,Penyelia Petang SMK Taman Universiti.Majlis bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)-SKTU3




Sekarang diadakan LDP di Bilik Tayang SKTU3.Bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.Topik pada kali ini ialah 'Strategi Pemulihan dan Masalah Pembelajaran'. Kehadiran adalah semua guru-guru SKTU3.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Bengkel Teknik Menjawab Soalan-Sains dan Matematik



Sekarang sedang diadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan bagi murid-murid Tahun 5. Penceramah adalah Pn.Siti Aminah Ismail bagi Sains dan Pn.Arbayah Jefri bagi Matematik. Bengkel diadakan di dewan SKTU3 pada jam 12.10 tengahari dan akan tamat pada jam 1.40 tengahari.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 Ke DGA32 Secara "Time-Based" Khas Untuk Penyandang Tahun 2010 Dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Perhatian : Guru-guru DPM 1st batch.



Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 ke Gred DGA32 Secara Khas Untuk Penyandang "Time-Based" bagi tahun 2010 dan 2011. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta memperakukan pegawai yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan termasuk memperakukan PPPLD Gred DGA29 yang telah cukup tempoh perkhidmatan 9 tahun pada tahun 2010. 



Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Bengkel Teknik Menjawab Soalan

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan kepada semua murid-murid Tahun 5.Bertempat di dewan SKTU3 di dahului oleh Pn.Junaidah bagi subjek Bahasa Melayu Kertas 2 dan Pn.Nur Aisyah bagi Bahasa Inggeris Kertas 2.Bengkel bermula jam 12.10 dan tamat pada jam 1.40 tengahari.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!

Jadual Tidak Rasmi Rumah Terbuka Warga SKTU3 SAHAJA!!!!!!

Sila rujuk jadual berikut:-

1.Rabu - 8.00 malam - Pn.Jamilah
2.Khamis - 1.30 tengahari - Pn.Rozilah
3.Khamis - 8.00 malam - Pn.Intan Surya

Untuk alamat terkini sila rujuk papan kenyataan Bilik Guru .TQ

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009


Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Latihan Dalam Perkhidmatan di SKTU2

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 2009 telah diadakan di SKTU2 pada jam 8.00 pagi tadi.
Ceramah bertajuk Pedagogi Berkesan disampaikan oleh En.Rosly Bin Kayar,Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim.Kehadiran adalah semua guru-guru SKTU2 dan SKTU3.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Jamuan Hari Raya PIBG SKTU3 2009

Berlangsung di kantin SKTU3 pada jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.Dihadiri oleh YDP PIBG,AJK-AJK PIBG dan keluarga serta guru-guru dan keluarga masing-masing.Jemputan luar pula ialah bekas Guru Besar,Pn Hajah Zabidah,bekas YDP PIBG,En.Darus dan kakitangan swasta.


Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Motivasi

Hari ini berlangsung Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Islam dan ceramah motivasi bagi murid-murid bukan Islam.Masing-masing diadakan di Dewan SKTU3 dan perpustakaan.Majlis di dewan diketuai oleh Pn.Norlelawati dan acara di perpustakaan diuruskan oleh Pn.Junaidah.


Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009


Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Sambutan Hari Kanak-Kanak serta Hari Raya Aidilfitri 2009

Hari ini berlangsung sambutan hari Kanak-Kanak peringkat sekolah serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009.Jamuan makan diagihkan mengikut kelas masing-masing dengan diawasi guru masa terakhir sebelum rehat.Pertandingan persembahan kelas dihakimi oleh Cikgu Saifuddin dan Cikgu Anizan.Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Datin Hajah Nor'ain Bt Abdullah (GPK Pentadbiran).Majlis tamat pada jam 12.10 tengahari.














Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009


Perancangan Sepanjang Minggu Ini

Berikut adalah perancangan untuk minggu ini sahaja :-

7 Oktober 2009 - Sambutan Hari Kanak-Kanak
9 Oktober 2009 - Majlis Khatam Al-Quran

Harap semua maklum dan ambil tindakan sewajarnya.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009


Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Bengkel Kemaskini Laman Web Sekolah

Bengkel tersebut berlangsung pada 5/10/09 di PKG UDA dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Kehadiran sebanyak 30 buah sekolah.


Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!

Larian Sihat 2009

Salam semua, Hari Sabtu lepas, sempena Hari Guru 2009 SKTU3 menganjurkan Program Larian Sihat - satu program kutipan sumbangan ibubapa anjuran PIBG.Sila klik pada tajuk untuk melihat semua rakaman peristiwa tersebut.Berikut beberapa aksi menarik :-

PPD di SKTU3

Mesyuarat Kurikulum Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru pada 18 Februari 2009