KEM MOTIVASI JATI DIRI TAHUN 6 2010

Sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR, SKTU3 telah mengadakan satu Kem Motivasi Jati Diri untuk murid Tahun 6. Kem Motivasi yang disertai oleh 75 murid Tahun 6 ini telah diadakan di Kem Kaizer,Gunung Pulai pada 13 dan 14 Mac 2010. Sepanjang Kem Motivasi ini diadakan, pelbagai program telah diikuti oleh murid seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ceramah Motivasi, Kembara Malam dan Laluan Berhalangan.

Program-program yang diadakan sepanjang kem ini bertujuan meningkatkan keyakinan diri dan meningkatkan jati diri pelajar untuk menyediakan mereka bagi menghadapi peperiksaan. Semoga segala pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dapat digunakan di masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Kem Kaizer dan semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini.





RAPTAI PERTANDINGAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) ZON SKUDAI 2010

Pada 12 Mac 2010, telah diadakan raptai untuk pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Zon Skudai. Murid-murid yang terlibat telah mempersembahkan persembahan mereka untuk tatapan guru-guru dan rakan-rakan SKTU3 sebelum menyertai pertandingan peringkat zon pada 13 Mac 2010. Berikut adalah acara-acara yang akan disertai:-

1. Tilawah Al-Quran(L/P)
2. Hafazan (L/P)
3. Bercerita (L/P)
4. Nasyid
 

Kepada semua pelajar dan guru yang terlibat pada pertandingan tersebut diucapkan selamat berjaya.

KEMPEN MEMBERSIH GIGI 2010

Kesinambungan daripada pemeriksaan gigi oleh Unit Perkhidmatan Pergigian Sekolah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ceramah Pergigian oleh syarikat pengeluar ubat gigi Kodomo Lion, beberapa pertandingan telah diadakan untuk pelajar. Berikut adalah keputusan pemenang bagi beberapa pertandingan yang telah dijalankan:-


PERTANDINGAN ESEI KODOMO LION (TAHAP DUA):-

Nurhanani Afiqah bt. Mustaffa (6 Arif)
Balqies Zulaikha bt. Habibullah (6 Arif)
Siti Azlin Radhiah Bt. Rohaizak (6 Cerdik)

Nadiah Irfani Bt. Mohd. Noor (5 Arif)
Juni Harissa Bt. Abd. Hafiz (5 Arif)
Amir Haziq B. Zakaria (5 Arif)

Devasharan ( 4 Arif)
Balqis Al-Hawary BT. Hamizan ( 4 Arif)
Nur Ajlali BT. Othman (4 Arif)

 PERTANDINGAN MEWARNA
Nur Iffah Izyani Bt Zazali (1 Arif)
Nurul Syuhada (1 Arif)
Nur Afifah Bt Nor Ajizzi (1 Arif)

Muhd Firdaus Bin Mazary (2 Arif)
Muhd. Ausarullah Bin Norhisham (2 Arif)
T Nur Aishah bt T. Mazlan (2 Arif)

Nur Qurratul Aini
Nur Idayu Nasuha
Muhammad Harith Bin Abd. Malik

                                                       Pemenang Raja dan Ratu Gigi

ANUGERAH RAJA DAN RATU GIGI 2010


Tahap 1
RAJA  = Mohd. Fikri Norzaini (3 Arif)
RATU = Sri Umairah (3 Arif)

Tahap 2
RAJA  = Danish Counder A/L Achy Counder (6 Cerdik)
RATU = Kmilasheni A/P Karupanasamy (6 Cerdik)

SELAMAT HARI LAHIR

Setiap bulan, SKTU3 akan meraikan hari kelahiran guru-guru dan kakitangan sekolah. Berikut ialah senarai nama guru-guru yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari, Februari dan Mac:

      1) Pn. Junaidah Binti Moktar                                   2 Januari
      2) Cik Noor Syida Sulaiman                                     3 Januari
      3) Pn. Afiszah binti Mohd. Arif                               14 Januari
      4) En. Iswady Bin Tumin                                        15 Januari
      5) Pn. Ety Noor Hazlina binti Haron                        17 Januari
      6) Pn. Patricia A/P Kulandsamy                              2 Februari
      7) Pn. Intan Surya Binti Jamaludin                         14  Februari
      8) Pn. Radhiah binti Ab. Rahim                              18 Februari
      9) Pn. Nur Murne binti Osman                                22 Februari
     10) Pn. Arbayah binti Jafri                                       7 Mac

SELAMAT HARI LAHIR....

KEJOHANAN AKUATIK MSSJ 2010

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN AKUATIK MSSJ JOHOR BAHRU
4 MAC 2010

Cindy Tai Sin Hui, pelajar tahun 4 SKTU3 telah memenangi 10 pingat emas dan 1 pingat perak pada Kejohanan Akuatik MSSJ Johor Bahru. Ini membolehkan beliau mewakili negeri Johor untuk MSSN di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Mac 2010. Tahniah...Warga SKTU3 mengucapkan Selamat Berjaya.

KEJOHANAN HOKI LELAKI 12 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 6 dan 7 Mac 2010, telah berlangsung Kejohanan Hoki Lelaki 12 Peringkat Daerah Johor Bahru yang melibatkan 13 buah sekolah. Berikut adalah keputusan perlawanan yang melibatkan SKTU3:-

1) Peringkat Kumpulan
            SK Taman Universiti 3 lwn STAR(2)                      - 1-0
            SK Taman Universiti 3 lwn SK Tnjg Kupang A       - 1-0

            SK Taman Universiti 3 lwn SK Sri Tebrau              - 1-0

2) Suku Akhir
            SK Taman Universiti 3 lwn SKTU (4)                     - 1-0

3) Separuh Akhir
             SK Taman Universiti 3 lwn SK Bukit Kempas        - 0-2

4) Peringkat Akhir
             SK Taman Universiti 3 lwn SK Taman Cempaka   - 0-3

    Secara rasminya, SKTU3 telah mendapat tempat keempat daripada 16 buah pasukan yang menyertai perlawanan ini. Tahniah diucapkan.




                              

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SKTU3


Pada 4 Mac 2010 (Khamis), guru-guru SKTU3 telah menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan. Penceramah undangan untuk program ini ialah En Jamaluddin Bin Abdul Rahman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Pengurusan Sekolah Rendah. Di harap segala ilmu dan maklumat yang diperolehi digunakan untuk kebaikan bersama. Terima kasih diucapkan di atas penglibatan semua pihak.