SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2011

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke 54, SKTU 3 telah mengadakan Bulan Kemerdekaan 2011 anjuran Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SKTU 3 dengan kerjasama beberapa panitia lain. Pelbagai pertandingan dan aktiviti telah diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini seperti Pertandingan Melukis, Kuiz Kemerdekaan dan nyanyian lagu patriotik.





Sambutan ini berakhir pada 23 September 2011 dan terima kasih diucapkan atas kerjasama semua untuk menjayakan sambutan ini

Hari Kejohanan Olahraga SKTU 3 2011

Pada 8 Oktober 2011, SKTU 3 telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan yang telah diadakan di Padang SKTU 3. Kejohanan yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari itu telah disertai oleh murid murid SKTU 3 yang mewakili rumah sukan masing-masing.

Kejohanan seperti ini diharap dapat melahirkan lebih ramai murid yang aktif dalam bidang sukan selain daripada menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid.
Perasmian oleh NYDP PIBG SKTU 3

Acara kejohanan yang dimulakan dengan perasmian oleh NYDP PIBG SKTU 3, En Azman Bin Hj Ahmad dan diikuti dengan acara menaikkan bendera kejohanan dan nyanyian lagu kebangsaan.









 Acara balapan yang diadakan ialah 100M, 200M, 4X100M dan 4X200M serta acara pegawai yang melibatkan guru-guru dan ibubapa.


Majlis penyampaian hadiah menjadi acara penutup bagi Kejohanan Olahraga SKTU3 kali ke 10 dan Johan Keseluruhan menjadi milik bersama Rumah Perdana dan Rumah Wira.


Juara Keseluruhan Rumah Perdana Dan Rumah Wira
Tahniah diucapkan kepada Juara dan semua peserta. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua warga SKTU 3 dan tetamu yang datang untuk memeriahkan lagi kejohanan ini.




Jutaan Terima Kasih...

SK Taman Universiti 3 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YAB Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya, Datuk Hj Aziz Bin Sapian di atas kesudian beliau untuk memberi sumbangan untuk membina wakaf dan astaka bagi kegunaan murid-murid SK Taman Universiti 3. Kedua-dua kemudahan tersebut telah dapat digunakan dan memberi manfaat kepada warga SK Taman Universiti 3. 

Diharap sumbangan seumpama ini dapat diteruskan untuk membantu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan usaha tenaga bagi menyiapkan kedua-dua kemudahan ini..


Wakaf - Ruang Istirehat Murid-murid
Astaka 


Larian 1 Murid 1 Sukan dan Hari Terbuka 2011

Tanggal 2 Julai 2011, satu acara larian bersempena dengan program 1 Murid 1 Sukan telah diadakan di SK Taman Universiti 3. Larian yang berlansung serentak di seluruh negara ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan murid-murid.

Pendaftaran


Acara yang dimulakan dengan acara senamrobik pada jam 7.30 pagi, telah disertai oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa SKTU3. 

Senamrobik





Senamrobik
Acara larian yang bermula di SKTU3 telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTU 3,Prof Madya Dr. Hj. Muhammad Shafie Bin Abd. Latif.
Permulaan

Semasa Larian

Selepas larian
 Larian yang tamat pada jam 8.45 diakhiri dengan sesi penyejukan badan dan diteruskan dengan Program Hari Terbuka.


PROGRAM HARI TERBUKA 2011

Selepas berlangsungnya program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia, SKTU 3 telah mengadakan Hari Terbuka pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari.
Program tersebut yang menjemput ibubapa untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka dari guru-guru.
Perjumpaan ibu bapa dan guru
Untuk memeriahkan lagi program Hari Terbuka, beberapa gerai jualan turut dibuka untuk tetamu yang hadir.
Jualan Buku
Gerai-gerai jualan
 Tahniah diucapkan kepada semua warga SKTU3 yang turut memberi kerjasama menjayakan kedua-dua program ini dan terima kasih diucapkan kepada ibubapa dan tetamu yang sudi hadir.

Kem Syababul Islam 2011

SK Taman Universiti 3 telah mengadakan Kem Syababul Islam pada 25 Jun 2011. Kem ini yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari bertujuan untuk mendedahkan murid-murid Tahun 6 dengan alam akil baligh. Murid-murid juga turut didedahkan dengan penjagaan kebersihan diri dan cara menyucikan diri.


















Kem ini diharap dapat membekalkan murid-murid dengan pengetahuan dan ilmu untuk mereka amalkan dalam menghadapi alam dewasa seterusnya sepanjang hayat.



LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (23 Jun 2011)

Pada 23 Jun 2011 (Khamis), telah diadakan satu latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru SK Taman Universiti 3.

Ucapan Guru Besar

LDP yang melibatkan dua program ini dimulakan dengan Taklimat "Kelebihan Mengaktifkan Otak Tengah" oleh yang memberi maklumat kelebihan menggunakan otak tengah dapat membantu kanak-kanak dalam menggunakan deria mereka dengan lebih baik.
Penerangan "Penggunaan Otak Tengah"


Aktiviti yang dijalankan
Taklimat kedua memberi maklumat tentang cara mengesan tanda-tanda awal kanser. Warga SKTU3 diberi pendedahan tentang pentingnya mengesan kanser payudara lebih awal dan cara-cara melakukan pemeriksaan sendiri.

Taklimat Tanda-tanda awal Kanser Payudara


Penyampaian cenderahati
Diharap Latihan Dalam Perkhidmatan kali ini dapat memberi lebih pengetahuan dan maklumat yang dapat diterapkan kepada murid-murid dan memberi manfaat kepada guru-guru sendiri.

Perasmian Sudut Anti Dadah dan Program Badan Anak Yatim dan Miskin

Pada tarikh 22 Mei 2011, telah berlangsung satu majlis anjuran PIBG SKTU 3 dan Badan Anak-Anak Yatim dan Miskin. Majlis tersebut yang diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin dan mengeratkan permuafakatan antara masyarakat dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO).

Tetamu jemputan

Ketibaan YB Puan Tan Ah Teng







Persembahan Nasyid
Ucapan YB Puan Tan Ah Teng
Persembahan nasyid


Perasmian Sudut Anti Dadah
Majlis sambutan yang diadakan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Puan Tan Ah Eng. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti persembahan nasyid dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Satu perasmian sudut Anti Dadah dan pameran Anti Dadah juga turut diadakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya generasi muda tentang bahaya dadah. 








YDP dan Ahli PIBG SKTU 3

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Puan Tan Ah Heng yang sudi merasmikan majlis ini dan sekalung tahniah juga diucapkan kepada Badan Anak-Anak Yatim dan Miskin (BAYAM) dan AJK PIBG serta guru-guru SK Taman Universiti 3 kerana berjaya mengadakan majlis ini. Diharap kerjasama seperti ini dapat dijalankan lagi di masa hadapan.