Kejohanan Akuatik MSSJ 2011

Pada tarikh 24 hingga 26 Februari 2011, telah berlangsung satu Kejohanan Akuatik MSSJ di Pusat Akuatik Johor Bahru.
SK Taman Universiti 3 telah diwakili oleh Cindy Tai Sin Hui yang menyertai sepuluh acara.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Cindy kerana berjaya memenangi kesemua acara yang disertai dan memenangi 10 pingat emas serta turut mencatatkan 7 rekod catatan masa terbaik.



10 Pingat Emas MSSJ 2011
Peserta Terbaik Perempuan MSSJ Keseluruhan 2011


Atas kejayaan itu, dia telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan Bawah 10 dan Peserta Terbaik Perempuan Keseluruhan MSSJ 2011.



Guru Besar SKTU 3 turut mengalungkan menyampaikan pingat kepada peserta

Tahniah diucapkan kepada Cindy dan semua pihak yang terlibat dalam mencapai kejayaan ini.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana mengharumkan nama sekolah.

Tiada ulasan: