Ujian Saringan Tahun 1 dan Pendaftaran Prasekolah 2010



Hari ini diadakan ujian saringan dan pendaftaran bagi Tahun 1 dan Prasekolah.Pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi.Taklimat ibubapa diadakan di kantin bagi prasekolah dan dewan bagi murid Tahun 1.Ujian saringan diadakan di kelas Tahun 1 Arif dan Bestari.Proses jualan buku dan keperluan sekolah masih berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Acara dan Majlis pada hari ini.



Pada hari ini,selain dari mesyuarat unit HEM dan KOKO, juga disampaikan sumbangan kepada rakan guru yang mengalami musibah, rakan yang mendapat anak pertama di SKTU3, rakan yang baru berkahwin dan majlis perpisahan untuk Pn.Fadhilah (Pembantu Tadbir) yang akan berpindah ke Pulai dan juga dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pembantu Tadbir. Tahniah dan jumpa lagi.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Sesi Persekolahan 2010

Terkini: Maklumat berkenaan sesi persekolahan 2010 :-

1. Mesyuarat Guru 2010 selamat diadakan pagi tadi dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
2. Buku - buku keperluan murid sesi 2010 telah mula dijual di Kedai Buku SKTU3 pada waktu pejabat SAHAJA.Sila dapatkan senarai bayaran dan keperluan anak-anak tuan/puan di pejabat sekolah.
3. Semua guru-guru akan bertugas mulai hari ini hingga Jumaat,1hb Januari 2010.
4. Tarikh kutipan yuran ialah Jumaat,1hb Januari 2010 dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi SAHAJA.Selepas itu, pembayaran adalah selepas waktu persekolahan anak-anak antara jam 12.40 tengahari hingga 1.30 petang kepada guru kelas anak masing-masing.

HARAP MAKLUM.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!