ARAHAN BERKABUNG SEMPENA KEMANGKATAN ALMARHUM DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA ALMUTAWAKKIL'ALALLAH SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

Arahan berkabung yang telah dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Johor hendaklah dilaksanakan kepada semua guru, staf dan murid di sekolah. Bagi lelaki muslim adalah songkok berlilit putih, bagi perempuan muslim tudung putih, bagi lelaki dan perempuan bukan muslim kain hitam lilit di lengan baju kiri. Bendera Negeri Johor dikibar setengah tiang 7 hari bermula 23 JANUARI 2010 sehingga 29 JANUARI 2010. Tiada Aktiviti berbentuk hiburan.

"Oleh itu ketahuilah bahawa dengan titah perintah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Pemangku Raja adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, iaitu mulai hari ini 22 Januari 2010 seperti di bawah ini: (1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.
PERATURAN BERKABUNG
(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.
(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.
(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri."

Perkhidmatan Pergigian KKM dan Ceramah Syarikat Kodomo Lion



Pada hari ini telah berlangsung ceramah pergigian oleh syarikat pengeluar ubat gigi Kodomo Lion serentak dengan pemeriksaan kesihatan pergigian oleh Unit Perkhidmatan Pergigian Sekolah KKM.Ceramah berlangsung di dewan sekolah manakala pemeriksaan gigi di Bilik Rawatan.Aktiviti berlaku antara jam 8.00 pagi hingga jam 12.10 tengahari sahaja kerana hari ini adalah hari aktiviti beruniform bidang Ko-Kurikulum.

Copyrights By Md Zaidi@2010



New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Majlis Ramah Mesra Murid Tahun 6



Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Ramah Mesra Murid Tahun 6 bagi merapatkan hubungan ibubapa dan guru-guru serta murid-murid Tahun 6.Ianya bertujuan supaya semua pihak dapat menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak masing-masing.Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.Antara aturcara majlis ialah taklimat oleh Puan Guru Besar,ceramah motivasi dan bacaan ikrar oleh murid dan ibubapa.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009



Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Pembayaran Yuran Sekolah



Hari ini telah berlangsung pembayaran yuran sekolah bagi semua tahap.Guru-guru kelas mula menerima bayaran dari ibubapa seawal 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.Bagaimanapun, kehadiran agak sedikit berbanding jumlah murid-murid sekolah ini.

Copyrights By Md Zaidi Md Zin@2009