Hari Terbuka SKTU 3 2010

 
Pada 3 Julai 2010, SKTU 3 telah mengadakan Hari Terbuka. Pada hari tersebut, ibubapa dijemput hadir ke sekolah untuk mengetahui prestasi pembelajaran anak masing-masing. Program yang berlangsung bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa murid –murid SKTU 3. 



Pada masa yang sama,program motivasi untuk murid Tahun 6 dan ibubapa masing-masing turut dijalankan. Program yang dijalankan oleh En. Rizuan Salleh, guru SKTU 3, ini bertujuan untuk menambahkan semangat dan motivasi murid-murid Tahun 6 dan dengan kehadiran ibubapa masing-masing akan dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan mereka dalam UPSR. 
 


















Pihak sekolah berharap dengan keberlangsungan program yang diadakan setiap tahun ini juga dapat memberi peluang untuk ibubapa murid-murid untuk mengetahui prestasi anak mereka di sekolah dan turut serta dalam meningkatkan lagi prestasi anak-anak mereka.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang hadir dan  pihak-pihak yang turut menjayakan Hari Terbuka SKTU 3 2010. 


Tiada ulasan: