Lawatan Ke Institut Veterinar

Pada 10 November 2010, Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Institut Veterinar Kluang. Lawatan yang disertai oleh 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring itu bermula pada jam 8.00 pagi di Institut Veterinar Kluang.

Tempat yang pertama dilawati ialah tempat pemerahan dan pemprosesan susu lembu dan ladang lembu. Selepas itu, murid-murid dibawa ke ladang kerbau, kuda, kambing dan rusa. Lawatan tersebut diiringi pegawai pengiring institut yang memberi penerangan lengkap tentang setiap ladang yang dilawati.

Penerangan oleh pegawai Institut Veterinar Kluang
Lawatan ke Ladang Rusa


Lawatan ini memberikan maklumat kepada murid tentang cara penghasilan susu dan juga bagaimana haiwan ternakan dijaga. Murid-murid juga menerima pendedahan tentang kepentingan industri penternakan.

Tempat pemprosesan susu lembu
Memberi susu kepada anak lembu

Terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Veterinar Kluang kerana layanan mesra yang diberi dan sudi menerima kunjungan kami.

Tiada ulasan: