SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SKTU 3 telah diadakan dengan kerjasama dengan Surau Al Falah Taman Universiti.
Bersempena sambutan ini telah berlangsung pelbagai aktiviti untuk murid-murid dan juga penduduk setempat. Pihak SKTU 3 telah mengadakan beberapa pertandingan di peringkat sekolah seperti pertandingan nasyid, dan azan.
Sambutan Maulidur Rasul bermula dengan bacaan selawat beramai-ramai di SKTU 3 dan acara sukaneka untuk murid-murid. Program diteruskan dengan Perarakan Maulidur Rasul ke Surau Al Falah dengan disulami bacaan selawat.

Sambutan di Surau Al Falah diteruskan dengan Pertandingan Memasak, Persembahan nasyid dan ceramah agama. Sebelum menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak Surau Al Falah, majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan diadakan.


Bacaan Selawat di SKTU 3

Acara Sukaneka

Acara Sukaneka


Pertandingan Memasak



Penyampaian hadiah


Pihak SKTU 3 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Surau Al Falah atas kesudian untuk sama mengadakan sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Diharap sambutan sebegini dapat diamalkan oleh anak didik SKTU 3 setiap tahun.

Tiada ulasan: